klpost

Gara- gara buat kacau: Lelaki berseluar dalam dibelasah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan   di Damansara Jaya, malam kelmarin.

Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan ss 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit  berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian.

Sumber polis berkata, penduduk yang berang kemudiannya bertindak membelasahnya sebelum polis tiba.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan apabila ditanya, jawapannya berubah-ubah serta memberitahu berasal dari Indonesia,” katanya.

Lelaki itu yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  untuk rawatan lanjut. – SH