klpost

Gambar pemimpin pembangkang tersebar di internet

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

11 (2)KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 keping gambar memaparkan aksi lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang sedang melakukan hubungan songsang dengan seorang lelaki di sebuah bilik hotel tersebar di internet.

Ia mula dimuat naik di sebuah blog rajagoyang360.blogspot pada pukul 11.53 malam, tiga hari lalu.

Beberapa blog lain selepas itu turut menyiarkan gambar sama seperti www.papagomo.com, jkkkkotasarangsemut.blogspot.com, http://agendasemasa.com dan www.suarabloggers.com.

Kesemua gambar tersebut dipercayai dirakam melalui dua televisyen litar tertutup yang dipasang di bahagian tepi pintu bilik dan di hadapan katil.

Gambar awal menunjukkan kelibat lelaki mirip pemimpin pembangkang itu masuk ke bilik tersebut sebelum dipeluk seorang lelaki yang memakai baju-T berwarna putih dan tuala dalam gambar kedua.

Gambar ketiga dan keempat pula menunjukkan kedua-duanya berpelukan mesra sebelum lelaki mirip pemimpin pembangkang itu kelihatan seakan-akan menyentuh alat sulit pasangannya sambil asyik bercium.

Lelaki mirip tokoh pembangkang itu kemudiannya menanggalkan baju dan seterusnya berjalan ke katil dalam keadaan bogel.

Gambar seterusnya memaparkan kedua-dua mereka seperti sudah selesai melakukan hubungan songsang. Lelaki mirip pemimpin pembangkang itu berdiri dalam keadaan lengkap berpakaian, sementara pasangannya kelihatan menutup badan dengan selimut. – Kosmo