SK

Gambar Lucah: Utusan Malaysia, TV3 Paling Tak Bermoral

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kegairahan Utusan Malaysia menyiarkan gambar lucah adegan seks di muka hadapan semalam terhadap Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan merupakan satu tindakan yang paling tak bermoral sebuah akhbar media arus perdana di Negara ini.

TV3 pula tanpa segan silu memutarkan fitnah melalui Ummi Hafilda untuk terus menerus mengaibkan Azmin Ali tanpa sedikitpun merasa bersalah.

Rakyat melihat kedua-dua media tersebut langsung tidak mempunyai etika kewartawanan dan kita beranggapan bahawa Editor kedua-dua organisasi media tersebut begitu rendah tahap profesionalisme mereka.

Masakan begitu mudah mereka menyiarkan gambar-gambar lucah yang di ambil dari blog-blog tempelan pro UMNO dan tanpa terlebih dahulu melakukan tindakan mengesahkan sumber kesahihannya sebaliknya terus menyiarkannya bagi menfitnah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Inilah dia organisasi media yang kononnya milik orang Melayu yang beragama Islam tetapi sebaliknya ianya sanggup diperkudakan sebegitu rendah martabatnya untuk mengaibkan seorang Melayu Islam yang lain.

Kita berpendapat bahawa media propaganda UMNO ini tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi lidah rasmi bagi orang Melayu secara keseluruhannya kerana tindak tanduknya jelas memperlihatkan kecenderungannya menyiakan segala perintah dan suruhan tuan-tuan UMNO mereka.

Sejarah negara telah menunjukkan bahawa pemimpin UMNO silih berganti semenjak zaman Mahathir hinggalah ke zaman Najib Razak, memperalatkan media yang sama untuk menjaja cerita-cerita seks bagi menjatuhkan lawan politik mereka .

Jarang sekali mereka berani berdebat secara bersemuka untuk memperbincangkan isu-isu kepentingan rakyat, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tahu kerana isu-isu sedemikian sebaliknya akan pula menjatuhkan mereka.

Rakyat Malaysia sudah matang dan mereka tidak tidak begitu terpengaruh dengan fitnah-fitnah adegan perlakuan seks yang dijaja oleh pemimpin UMNO terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor