klpost

Gambar bogel Lady Gaga di laman web

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Selepas mencetus kontroversi dengan tampil bergambar bogel di iklan minyak wanginya, kini Lady Gaga sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar bogelnya di laman sesawangnya, LittleMonsters.com.

Dipetik daripada nydailynews, dalam gambar tersebut menggambarkan Gaga dilihat tidak mengenakan sehelai benang pun di badanya.

Dia duduk bersandar di sofa besar, dan penyanyi berusia 26 tahun itu melipat kedua-dua kakinya menutupi bahagian dada dan peribadinya, menurut Yahoo news.

Walaupun gambar tersebut jelas menampakkan Gaga dalam keadaan bogel, namun pelantun “Bad Romance” ini mengatakan dia masih memakai pakaian dalam yang berwarna kulit.

Sebelum ini, Gaga mengejutkan orang ramai dengan penampilannya pada poster filem pertamanya “Machete Kills”, dengan mengenakan baju ala-ala Marilyn Monroe sambil memegang pistol berasap.