Tertuduh, Yusnani Mohd. Yusof, 20, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Yusnani dari Kuantan, Pahang didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, yang beralamat di Nombor 30, Perumahan Banjir Kampung Tiong di sini supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Wang tersebut bertujuan untuk pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu melalui laman Mudah.My.

Dia yang bekerja sebagai jurujual dan masih bujang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Kosmo