klpost

Fitnah UMNO-BN tidak menjejaskan imej Menteri Besar Selangor

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KLANG – Walaupun difitnah dengan pelbagai isu, ia langsung tidak menjejaskan imej Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang tiada tolok bandingnya dengan yang sebelum ini, beritahu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor penyebaran fitnah dan tohmahan dalam pelbagai isu ini berpunca daripada Umno-BN.

Bagaimanapun katanya, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Abdul Khalid mampu menyelesaikan masalah dengan baik hanya dalam tempoh empat tahun.

“Dia (Umno-BN) fitnah macam-macam, seolah-olah pemimpin mereka itu baik sangat. Kamu nak fitnah isu Talam, agaknya dia lupa siapa yang bagi tanah kepada syarikat yang tidak bayar apa-apa tetapi geran tanah dapat.“Bila kita mentadbir, tanah yang beribu-ribu ekar itu sudah nak dilelongkan ke bank, tetapi Menteri Besar ambil balik tanah itu dan kata kita jahat. Umno-BN ini lupa agaknya,” katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud berkata Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dilihat seolah-olah mahu menjadi ‘hero’ dengan mencari kelemahan Kerajaan Negeri.

“Dia tuduh kita. Dia mahu samakan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN yang mengamalkan rasuah. Kenapa MCA yang ‘berbunyi’, kenapa tidak Umno Selangor? Sebab dia tahu Umno Selangor tidak berani, takut terburai rahsia mereka selama ini. Itu sebab dia mahu laga-lagakan kita, sebab dia sudah kehabisan idea,” katanya.

Beliau berkata isu Talam itu berpunca daripada pentadbiran sebelum ini dan kini, Kerajaan Negeri bertindak untuk mengutip balik semua hutang-hutang itu.

Sebelum ini, Tee Yong mendakwa penstrukturan hutang Talam dan Kerajaan Negeri Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM 1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

Akan tetapi sehingga hari ini Tee Yong, tidak kemukan bukti untuk menyokong dakwaan RM 1 billion itu.

Selepas, dibidas DAP dan PAS, Tee Yong pula mendakwa Kerajaan Negeri membeli tanah 2,263 ekar di Bestari Jaya daripada Talam dengan harga RM 42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran. – SelangorKu