10/09/2014 - Network
Sunday , 21 September 2014

Fergie mahu Ronaldo pulang ke MU

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

LONDON – Alex Ferguson akan meminta Manchester United untuk membayar segala yang termampu untuk membawa Cristiano Ronaldo pulang ke Old Trafford.

Namun, Ferguson terlebih dahulu mahu tahu sekiranya bintang Portugal itu serius mengenai niatnya meninggalkan Real Madrid.

Ronaldo berhijrah ke Bernabeu tiga tahun lalu dalam rekod dunia yuran perpindahan 80 juta pound (RM398.37 juta).

Kini, jika dia benar-benar sudah tawar hati di Real, Ferguson sedia membuat permintaan kepada pemilik United, keluarga Glazer supaya melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan kembali mesin gol berusia 27 tahun itu.

Laporan di Sepanyol hangat membincangkan punca Ronaldo tidak gembira yang menjurus kepada keengganan Real menawarkan kontrak baru bernilai 500,000 pound (RM2.49 juta) gaji seminggu.

Namun, sumber yang rapat dengan pemain itu menafikan ia mempunyai dengan isu wang, sebaliknya menjelaskan Ronaldo berasa terhiris kerana kurang dihormati rakan sepasukannya.

Dia juga merasakan dirinya tidak menerima pengiktirafan setimpalnya berikutan kegagalan memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah meskipun dengan penyudah berbisa di depan jaring yang menyaksikan dia meledak 151 gol dalam 150 perlawanan untuk Real.

Satu sumber United memberitahu: “Sewaktu Ronaldo berhijrah ke Real Madrid dulu, pengurus sudah menjelaskan bahawa andai Ronaldo berniat meninggalkan Bernabeu satu hari nanti, dia harus kembali ke Old Trafford.

“Ia bakal menjadi perpindahan yang dapat membuktikan kepada semua bahawa United masih mampu bersaing dengan sesiapa dalam mendapatkan khidmat nama-nama besar dalam bola sepak.

“Tetapi, buat masa ini, hanya Ronaldo sendiri tahu sekiranya dia serius meninggalkan Madrid atau sekadar merajuk.”

Ferguson mempunyai hubungan baik dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes dan bos Real, Jose Mourinho, jadi ia memungkinkan perpindahan sensasi ini berlaku.

Bagaimanapun, Ferguson hendak tahu kebenaran di sebalik niat Ronaldo sebelum mula bertindak.

Klausa pelepasan kontrak Ronaldo bernilai 800 juta pound (RM3.984 bilion), namun kontroversi yang dicetuskan pemain itu membuatkan presiden Real, Florentino Perez berasa berang dan bersedia menimbangkan tawaran sekitar 100 juta pound (RM498 juta) jika ada kelab berminat.

Jika Ferguson mengorak langkah, ia akan menjadi satu ujian besar kepada dakwaan pengurus veteran itu yang menegaskan keluarga Glazer tidak pernah menolaknya apabila menyentuh hal perpindahan pemain.

Nilai komersial Ronaldo kepada United juga memainkan peranan penting dengan gergasi pembuat barangan sukan, Nike sedia menyumbang dalam usaha mendapatkan semula bintang kesayangan Red Devils itu. – AGENSI

Scroll To Top