klpost

Fasha Sandha semakin manja

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Masih ingat lagi kisah ketika pelakon wanita, Fasha Sandha dan suaminya, Jejai yang berkahwin tidak disukai oleh ibu Jejai sendiri?

Kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan kelibat ibu Jejai, Raja Noora tidak dilihat di majlis resepsi mereka berdua.

Sehingga kini, cerita itu tidak disahkan oleh mana-mana pihak.

Malah, aktres wanita itu juga enggan memberikan sebarang komen.

Namun, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, berita gembira bertebaran di ruang internet di mana Fasha telah berkongsi gambar gembira menyambut perayaan itu bersama keluarga mertuanya.

Sekarang ini, kegembiraan dan kebahagian Fasha semakin bersinar di mana kemesraan Fasha dan Raja Noora semakin kukuh.

Raja Noora telah memuat naik gambarnya bersama saudara-saudaranya yang lain dengan ‘tag’ nama Fasha.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malah, Raja Noora yang ketika ini bercuti di Dubai bersama bekas menantunya, Nora Danish dilihat memberikan nasihat kepada Fasha agar menjaga kesihatan dengan serius memandangkan pelakon itu sudah pun sarat mengandung.

Alhamdulillah!

Semoga, ikatan kekeluargaan antara Fasha dan keluarga mertuanya lebih-lebih lagi dengan ibu mertuanya akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.   – Mynewshub