klpost

Fasha Sandha, Jejai berdamai demi anak-anak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Konflik pertikaian mahkamah selepas bercerai antara Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli berakhir apabila mereka memilih jalan damai untuk menyelesaikan dua kes mahkamah secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi.

Dalam prosiding semalam Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha, 33, menarik balik permohonan perintah injuksi (tegahan) terhadap bekas suaminya, Rizal Ashram yang dikenali sebagai Jejai berhubung dakwaan lelaki itu sering mengganggunya.

Sementara Jejai, 41, menarik balik kes komital (pemenjaraan) yang difailkan terhadap Fasha berkaitan hak lawatan anak dan beberapa kenyataan yang berkaitan hal keluarganya yang dibuat Fasha kepada umum.

Bagi injuksi, kes didengar dihadapan Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab manakala bagi pendengaran komital kes didengar dihadapan Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz yang didengar secara berasingan.

Selain itu mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu. – Kosmo