klpost

Fasha Sandha enggan dedah teman lelaki

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu, aktres Fasha Sandha, 34, enggan hubungannya dengan mana-mana lelaki menjadi bualan hangat netizen, sebaliknya lebih gemar kerjaya seninya dibicarakan.

Bakal tampil menerusi filem Badang pada 15 Februari ini bergandingan dengan Datuk Seri Aliff Syukri, pelakon yang berasal dari Perlis itu berharap peminatnya dapat memberi tumpuan terhadap produk seni terkininya.

“Bukan tidak mahu kongsi, tetapi saya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati kerana tidak mahu cerita peribadinya lebih ke depan berbanding kisah kerjanya.

“Cukuplah orang luar tahu saya sudah tidak sunyi dan sedang mengecap bahagia. Identiti lelaki itu, biarlah saya sahaja yang mengetahuinya,” komennya ringkas.

Pada masa yang sama, Fasha sempat menitipkan pesanan dan petua kepada peminatnya tatkala menjalin hubungan dengan seseorang.

Katanya, kebahagiaan janganlah sering ditunjuk, takut nanti dicuri, manakala derita pula janganlah diberitahu, mungkin nanti akan dikeji.

“Lagipun, kami masih pada peringkat berkawan. Belum ada apa-apa. Kalau sakan bercerita nanti, tak menjadi pula,” ujarnya.

Bagaimanapun, jelas Fasha, dia pasti akan berkongsi berita gembira yang dikecapinya jika hubungan mereka benar-benar menjadi. – Utusan