Wednesday , 23 July 2014

Farid Kamil & Diana Danielle Timang Bayi Lelaki

anak farid-kamil-dilahirkan-2-julai-2013KUALA LUMPUR- Pelakon tempatan Diana Danielle selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Sydney, Australia.

Suaminya, Farid Kamil berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar cahaya mata sulungnya di laman instagramnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) David Teo yang dihubungi Gala TV mengatakan Farid menghubunginya menerusi applikasi Line ketika berada di hospital bersama isterinya pada petang Isnin.

“Farid turut mempelawa sawa untuk menjadi datuk angkat kepada putera sulungnya,” kata Teo.

Kehadiran bayi lelaki yang belum diberi nama ini disifatkan permata baru dan menambah seri hidup pasangan pelakon itu. -Murai


Scroll To Top