klpost2

Fahd Rafael – ‘Saya tak boleh bogel’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Meskipun masih baru dalam bidang lakonan drama namun kalau menyebut mengenai dunia iklan komersial, Fahd Rafael sering diberikan peranan utama dalam iklan-iklan berjenama besar. Jejaka berusia 21 tahun ini pernah menjayakan iklan minuman berkabonat Coca-Cola, Suzuki (2010), Mcdonald’s (2010), Digi (2011), Suzuki Nex (2012) dan Shieldtox Watercolour (2012).

Berkongsi pengalaman sebagai pelakon iklan kepada portal mStar online, Fahd mendedahkan pernah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya apabila disuruh beraksi bogel untuk sebuah sesi fotografi. Peristiwa itu terjadi beberapa tahun lalu ketika dia sibuk melalui uji bakat untuk berlakon iklan televisyen tempatan.

“Saya terkejut apabila beberapa pihak meminta saya melakukan aksi pelik iaitu berbogel untuk sesi fotografi dengan alasan untuk karya hasil seni bagi dipertandingkan di sebuah acara,” katanya.

Tambahnya, selepas meneliti permintaan itu, dia mendapati acara yang dimaksudkan tidak wujud menyebabkan dia mula mencurigai tawaran berkenaan. Kata Fahd, dia sudah banyak kali menerima tawaran sedemikian apatah selepas dia berjaya membina otot-otot badannya agar kelihatan sasa.

Pun begitu, Fahd mengakui sebelum ini dia pernah melakukan satu adegan yang memperlihatkan dia seperti bertelanjang untuk sebuah iklan. Tetapi adegan itu hanya sekadar memenuhi undangan pelajar fotografi dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi tujuan pendidikan.

“Saya mengaku, saya pernah beraksi sebegitu untuk projek fotografi seorang pelajar Aswara, apabila badan saya yang seperti tidak berbaju di simbah dengan cecair coklat. Sebenarnya saya tidak berbogel tetapi memakai seluar pendek. Cuma gayanya sahaja menampakkan saya seperti tidak memakai apa-apa. Ia adalah bagi tujuan pendidikan pelajar itu,” katanya.

Jelas pemuda ini lagi, dia tidak berhasrat mengulangi perkara itu lagi kerana bimbang ada pihak yang mahu menjatuhkan kerjayanya pada masa akan datang.  – md