Monday , 21 April 2014

Emma Watson Meninggal Dunia?

emma_watson_before_after_boob_nose_job_celebri.jpg_480_480_0_64000_0_1_0BERITA mengenai Emma Watson, tiba-tiba menjadi kecoh apabila dia dikatakan sudah meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Menurut laporan portal Dailymail, khabar angin itu mula tersebar di Internet kononnya wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia di Zermat Ski Resort di Switzerland.

Emma kononnya dilihat seorang saksi telah hilang pertimbangan ketika bermain papan luncur sehingga membuatkan dia jatuh dan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, jurucakap Emma terus membuat kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu.

Pada Sabtu lalu, khabar angin itu mula menjadi bualan apabila Facebook kelab peminatnya iaitu ‘R.I.P Emma Watson’ mendapat tanda ‘like’ hampir 1 juta orang.

Berita palsu berkaitan kematian bukan sesuatu yang baru di kalangan selebriti Hollywood. Artis-artis seperti Jon Bon Jovi dan Usher juga pernah dikatakan meninggal dunia sebelum ini. -mStar


Scroll To Top