klpost

DS Rosmah tunaikan tanggungjawabnya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM   – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri program Sentuhan Kasih anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Selangor (Kasih) di Masjid Negeri di sini.

Rosmah yang juga Yang dipertua Kasih menyertai kira-kira 200 jemaah wanita bersolat Asar seterusnya menyertai bacaan Yasin dan tahlil.

Turut hadir Naib Yang Dipertua Kasih, Prof Datin Dr Aishah Salleh dan anggota jawatankuasa badan itu.

Pada majlis tersebut, Rosmah turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan peralatan sekolah kepada 42 anak yatim dari kawasan Parlimen Shah Alam selain mewakafkan beberapa helai telekung untuk kegunaan jemaah wanita. – Bernama