klpost

Dr Mahathir tidak setuju tindakan ke atas pengkritik

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. – Bernama