klpost

Dr Mahathir Menteri Pelajaran, Dr Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di sini, beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP LIm Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan. – Bernama