klpost2

Dilibas berkali-kali gara-gara dendam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGE TOWN – Perasaan dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lima samseng bertindak nekad menyerang, menetak dan menghentak seorang lelaki hingga parah dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum di sini kelmarin.

Menurut Kosmo, kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 40 tahun cedera di kepala, tangan dan lengan kiri selepas dilibas dengan parang sebanyak lima kali selain dihentak dengan kerusi plastik.

Kejadian berlaku apabila kesemua suspek yang berjalan kaki menyerang lelaki itu sebelum melarikan diri sebaik melihat mangsa rebah.

Difahamkan, mangsa terpaksa menanggung sakit selama setengah jam sebelum ditemui oleh orang awam yang terus menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati punca serangan adalah bermotifkan dendam.