klpost2

Diikat dan ditampal, padah mencarut

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

NEW YORK  –  Kerana memukul dan melemparkan kata-kata kesat kepada penumpang lain, seorang lelaki terpaksa diikat serta mulutnya ditampal pita pelekat oleh pembantu pesawat sistem penerbangan Icelandair Khamis lalu.

Insiden itu mendapat perhatian media selepas gambar lelaki tersebut yang menunjukkan seolah-olah dia teraniaya tersebar di internet.

Jurucakap Icelandair, Gudjon Arngrimsson berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas mendapati tingkah lakunya mengancam penumpang lain.  – AP