klpost

Diculik dan berkelakuan tidak bersenonoh terhadap mangsa

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GOMBAK: Bukan sahaja disumbat dalam but kereta ketika ‘diculik’ enam lelaki, malah turut dibelasah dan disiram minuman keras di seluruh badan serta diugut bunuh gara-gara salah faham selepas mereka menyangka dia adalah orang yang dicari ketua kumpulan terbabit kerana gagal menjelaskan hutang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mangsa berusia 25 tahun yang sedang menonton televisyen di kediamannya di Batu 8, Gombak, di sini, terkejut apabila didatangi enam lelaki yang memintanya menjelaskan pinjaman yang dibuat.

Menurut sumber, mangsa yang tidak tahu menahu mengenai perkara itu menafikannya dan memberitahu mereka tersalah orang dan individu dimaksudkan adalah rakan serumahnya dan bukan dirinya. -Harian Metro