klpost

Deposit Wang dengan Facebook?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR 6 Dis. – CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) buat pertama kalinya memperkenalkan kempen deposit bank yang disepadukan dengan laman sosial, Facebook.

Kempen yang dinamakan Savings Circle itu adalah pertama seumpamanya diperkenalkan di dunia dan CIMB Group menawarkan hadiah utama berupa wang tunai RM500,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Pengguna CIMB Group, Renzo Viegas berkata, pemegang akaun CIMB Bank perlu mempunyai akaun facebook terlebih dahulu selain membuat pendaftaran dan menekan butang LIKE pada laman CIMBMalaysia.

Katanya, para pemegang akaun CIMB Bank perlu menjemput rakan-rakan untuk berada dalam kumpulan yang sama bagi mengumpul mata dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

“Kami menetapkan setiap kumpulan dalam Facebook perlu mempunyai kitaran rakan pada kadar maksimum 100 orang.

“Kami memperkenalkan kempen seperti ini untuk membuatkan CIMB Group adalah berbeza dengan yang lain,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kempen Savings Circle di sini hari ini. – UTUSAN