klpost

Debat Nazri-Tun M: Polis tolak permohonan permit; Nazri tetap teruskan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Nazri1
Kuala Lumpur
– Pihak polis telah menolak permohonan permit untuk melangsungkan debat di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Mahathir Mohamed pada 25 Mac di Kuala Kangsar.

“Setelah meniliti dan mempertimbangkan tujuan asas perhimpunan ini akan diadakan, mengambil kira faktor keselamatan dan ketenteraan awam, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Ahmad Termizi Abd Haq telah menolak permohonan permit ini dan keputusan bertulis akan diserahkan kepada pemohon permit hari ini,” kata Pemangku Ketua Polis Perak Hasnan Hassan melalui satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika dihubungi berkata beliau akan berada di dewan MRSM pada 25 Mac dan debat akan diteruskan. Beliau berkata Malaysia bukan ‘negara polis’ dan debat ini tidak mungkin menjejaskan ketenteraman awam.