klpost

Datuk Seri Vida didenda

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didenda RM4,800 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat, tahun lalu.

Majistret Mohd. Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas Hasmiza, 46, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Hasmiza didakwa menyiarkan suatu iklan dalam bentuk wawacara dalam rancangan Jom Singgah dalam saluran TV3 yang merujuk kepada artikel iaitu ‘Pamoga’

yang direncanakan untuk mempengaruhi penggunaan artikel tersebut sebagai ubat atau penyembuh bagi maksud merawat kulit melecur, meredakan sakit-sakit sendi dan melegakan sakit lutut.

Selain itu, yang dinyatakan di dalam Jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, dekat sini, antara pukul 1 petang dan 1.30 petang, 18 Julai tahun lalu.

Hasmiza selaku Orang Kena Saman(OKS) didakwa di bawah Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Dia yang kini terkenal dengan lagu “I Am Me” dibebaskan setelah membayar denda berkenaan. – Utusan