klpost

‘Datuk’ antara empat ditahan SPRM

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Empat lelaki, termasuk seorang ‘Datuk’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan berjumlah kira-kira RM40 juta.

Individu yang bergelar Datuk itu merupakan ketua eksekutif di sebuah syarikat, ditahan bersama seorang setiausaha dan seorang pegawai pembantu kewangan di bawah perbadanan yang sama.

Suspek keempat yang mempunyai gelaran kehormat ‘Dr’ merupakan pengarah di syarikat lain.

Keempat-empat suspek ditahan dalam satu operasi di Kuala Lumpur antara pukul 4.30 petang dan 6 petang.

 Difahamkan, penyelewengan itu bermula pada 2016.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.