klpost

DAP – Anti Melayu dan Islam?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur –  Persoalan sama ada DAP mengancam Islam memang tidak timbul sama sekali. DAP menghormati hak asasi dan kebebasan agama, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menjadi amalan global hari ini.

Aqidah tetap kukuh pada jiwa setiap Muslim. Pelaksanaan Islam dalam kerangka masyarakat dan negeri kita boleh lihat seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan walau pun yang mentadbir negeri-negeri tersebut bukan UMNO-BN.

Kerajaan negeri Pakatan Rakayat sentiasa berusaha semaksima mungkin dalam memberi pilihan dan khidmat yang yang lebih baik terhadap umat Islam dan seluruhnya walau pun dalam ruang bidang kuasa yang sangat terhad.

Pulau Pinang telah menjadi contoh di mana Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri telah memastikan umat Islam negeri mendapat pembelaan wajar melalui pelbagai usaha termasuk menambah peruntukan kewangan berkali ganda berbanding pemerintahan BN, menghargai guru-guru KAFA serta para huffaz, memberi peruntukan dan membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan melaksanakan tender terbuka yang telah membolehkan kontraktor Melayu Islam yang layak memenangi projek tanpa perlu kabel politik. Dan ini semua dilakukan tanpa meminggirkan kaum dan agama lain.

Terpulanglah sama ada kebenaran mahu diterima atau persepsi palsu mahu dijadikan anutan. Jika kita tidak suka apa yang kita percaya disalahertikan atau ditohmah orang lain, maka tepuk dada tanya selera. – Roketkini.com