klpost

Dakwaan Karpal tidak tepat.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM – Tiada sebarang kekacauan atau kekecohan akan berlaku ketika Konvensyen DAP ke-16, hari ini, seperti yang diramalkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, jika terdapat cubaan anasir luar untuk menggulingkan perhimpunan parti tersebut, ia tidak akan berlaku.

Tegas beliau, dakwaan Karpal bahawa terdapat pihak tertentu untuk mengacau perhimpunan itu adalah tidak benar.

“Mustahil situasi seperti yang dinyatakan Karpal berlaku.

“Pihak kami akan memastikan segala persiapan atau perjalanan majlis ini berlangsung dengan aman dan lancar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Sinar Harian ,beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal bahawa terdapat rancangan untuk menggulingkannya ketika konvensyen tersebut berlangsung.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan tiada sebarang maklumat mengenai kekacauan atau penggulingan terhadap Karpal.

“Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara ini,” katanya.