klpost

Dadah dijumpai dalam klinik; kekasih dari Filipina ditahan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

CAMERON HIGHLANDS: Gelaran ‘doktor lalok’ layak diberikan kepada seorang pegawai perubatan lelaki yang mengusahakan sebuah klinik, di sini, apabila pemeriksaan polis di kliniknya menemui dua peket plastik berisi dadah jenis syabu dalam satu serbuan, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 3.30 petang di Jalan Ringlet, di sini, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menemui dua peket lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.58 gram di dalam bilik doktor berusia 63 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam serbuan sama, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Filipina dipercayai teman wanita doktor berkenaan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, serbuan dibuat selepas risikan anggotanya mendapati doktor berkenaan memiliki dadah dipercayai untuk kegunaan peribadi selain maklumat diberikan orang awam.
“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menggunakan dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri bukannya untuk diedar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Metro