klpost

Remaja dicekup – Buat perkara telarang kali ke-lima

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Suspek yang dipercayai mencuri kepingan bumbung penutup dan alatan penyokong tangki air yang diperbuat daripada aluminium milik Syarikat Air Terengganu (SATU) di Bukit Kecil Baru, Kampung Batang Gergaji, Jabi dekat Besut berjaya diberkas malam tadi.

Polis dengan bantuan anggota RELA dan penduduk kampung memasang perangkap di tempat kejadian dan berjaya memberkas dua lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an yang cuba melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata polis yang menunggu di satu lokasi tersorok kira-kira 10 malam, melihat dua lelaki datang dengan dua buah motosikal dan masuk ke dalam kawasan tangki berkenaan melalui lubang pada pagar yang ditebuk penceroboh sebelum memasuki kawasan tangki itu.

Katanya dua suspek terbabit memanjat tangki setinggi 10 meter itu bagi meneruskan kegiatan mencuri penutup bumbung aluminium sebelum diberkas.

Sebelum ini, kepingan bumbung penutup dan alatan penyokong tangki air itu dicuri sebanyak empat kali dan laporan dibuat oleh seorang pegawai SATU daerah Besut di Balai Polis Jerteh

Semalam Bernama melaporkan SATU mengalami kerugian lebih RM300,000 apabila alatan penyokong dan bumbung tangki yang diperbuat daripada aluminium dilarikan sejak seminggu lalu.

– Bernama