klpost

Chong Sin Woon tiada hak komen pasal bakal calon Cameron- Dato Elayppen

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuantan – “Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon telah menyeru MCA mengundi Dato Sivarajh (Penyeleras MIC CH) di Cameron Highlands. Ucapan beliau pada 18hb November 2017 di Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-70 SJK (C) Bertam Valley hanya menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan membelakangkan Presiden MCA sendiri dan juga satu penghinaan kepada semua kepimpinan BN di mana Tan Sri M Kayveas adalah paling kanan dan salah seorang Naib Pengerusi BN. Tindakan beliau seolah-olah mengumukan calon untuk Parlimen Cameron Highlands untuk PRU ke14,” tegur Dato Elayppen, Pengerusi MyPPP Pahang.

“Apa yang saya tahu, Ketua Pemuda MCA yang tidak pernah turun ke Cameron Highlands dan kemungkinan pertama kali telah bertindak melampaui batas dengan menyatakan sokongan terbuka kepada rakan pemuda Sivaraajh MIC untuk calon parlimen CH. Ini jelas menunjukkan beliau tiada pengalaman dan kurang matang sebagai pemimpin Pemuda.”

“Beliau perlu mengetahui bahawa MIC hanya melantik Datuk Sivaraajh sebagai penyelaras MIC Bahagian Cameron Highlands . MIC sendiri tidak mengumumkan beliau sebagai calon Parlimen di Cameron Highlands Dato’ Sivaraajh baru tiga (3) bulan turun padang di Cameron Highlands tetapi Tan Sri M. Kayveas telah berkhidmat kepada masyarakat Cameron Highlands selama tiga (3) tahun dan beliau telah mendapat mandat daripada Perdana Menteri untuk bekerja di Cameron Highlands. Semua kaum di Cameron Highlands amat memahami sumbangan beliau selama tiga tahun di Cameron Highlands,” tambah beliau lagi.

Dato Elayppen turut berkata bahawa jelas terbukti Dato’ Sivaraajh memperalatkan media social dengan bergambar dengan beberapa pemimpin untuk mencari populariti murahan seolah – olah beliau di sokong oleh semua kepimpinan. Ini menunjukkan beliau masih tidak cukup berpengalaman dan kurang matang lagi.

myPPP yang tinggal di Cameron Highlands dan sentiasa meninjau dan fahami keadaan sebenar di Cameron Highlands. MCA di Cameron Highlands sendiri telah berpecah lima kumpulan. Majlis Makan Malam SJK (C) Bertam Valley hanya dihadiri oleh satu kumpulan sahaja. Ketua Wanita MCA di Cameron Highlands sendiri tidak popular di kalangan masyarakat tempatan. Empat kumpulan lain tidak menghadiri Majlis tersebut termasuk Ketua MCA Cameron Highlands sendiri. Sehingga sekarang mereka tidak tahu siapa Ketua Pemuda MCA di Cameron Highlands.

“Ucapan Sin Woon seolah – olah hanya pemimpin muda sahaja yang layak jadi calon di PRU ke-14. Beliau perlu tahu bahawa penduduk Cameron Highlands 90% adalah golongan dewasa dan Senior Citizen. Golongan pemuda yang berpelajaran telah keluar dan tidak lagi tinggal di Cameron Highlands. Bagaimana Sin Woon boleh cakap hanya pemuda sahaja yang layak jadi calon? . Itu sebab kita perlukan pemimpin yang berpengalaman seperti Tan Sri M kayveas di CH,” ujar beliau.

“Beliau perlu minta maaf kerana pemimpin-pemimpin Negara adalah yang berpengalaman dan Veteran, dimana 90% Menteri Kabinet adalah dari golongan veteran dan bukan golongan muda. Pengalaman mereka sangat bernilai dan penting untuk pembangunan Negara. Beliau telah memperkecilkan kewibawaan pemimpin-pemimpin veteran Negara,” tambah beliau lagi.

“Sin Woon perlu tahu bahawa Sivaraajh bukan calon tempatan, beliau berasal dari Perak dan bermastautin di Puchong. Orang Cameron Highlands akan menolak calon bukan tempatan. Sivaraajh sendiri tahu yang Tan Sri M. Kayveas telah bekerja kuat untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands dan beliau adalag warga tempatan yang mempunyai ramai saudara mara di CH.”

“Saya saran Datuk Chong Sin Woon fokus kawasan sendiri Seremban dimana beliau telah kalah di PRU ke-13 Parlimen Nilai. Beliau perlu tumpu kepada undi masyarakat Cina dimana PRU lepas hanya kurang 10% undi Barisan Nasional. Hentikan perbuatan memperlagakan parti komponen. myPPP Pahang mempunyai hubungan baik dengan Presiden MCA dan kita perlu kerjasama yang baik menghadapi PR ke-14. Kalau Sin woon perlukan sokongan myPPP beliau perlu elakkan statement seperti ini.”

“Tindakan Sin Woon adalah berunsur sabotaj terhadap Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas yang telah dapat sokongan mayarakat di Cameron Highlands. Saya nasihat beliau hentikan tindakan sebegini dan jangan merosakkan perhubungan baik myPPP dan MCA.”

“Datuk Chong sebagai Timbalan Menteri Pendidikan telah menukar Majlis Perasmian sekolah jadi medan ceramah PRU ke-14 dimana banyak murid sekolah dalam majlis tersebut. Adakah betul tindakan Timbalan Menteri Penddikan? Forum itu bukan untuk penamaan calon atau berceramah untuk sesiapa.”

“Kami harap pucuk kepimpinan Barisan Nasional perlu menasihat pemimpin – pemimpin muda seperti beliau dari membuat kenyataan tidak diperlukan yang boleh menjejaskan hubungan komponen-komponen Barisan Nasional,” sambung beliau lagi.