klpost4

Chelsea tewas kali kedua kepada kelab bukan pilihan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

LONDON  –  Swansea mencipta kejutan kedua dalam separuh akhir peringkat pertama Piala Liga Inggeris selepas menundukkan Chelsea 2-0 pada perlawanan di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Walaupun tidak sehebat seperti kelab bahagian empat, Bradford City menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa 3-1 pada perlawanan kelmarin ternyata kemenangan Swansea ke atas pencabar berstatus lebih tingi masih dianggap kejutan.

Kedua-dua gol Swansea dijaringkan akibat kesilapan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Penyerang Sepanyol, Michu yang dibeli dengan harga £2 juta dari kelab La Liga, Rayo Vallecano menjaringkan gol ke-16 musim ini pada minit ke-39.

Gol kedua pelawat dijaringkan Danny Graham pada minit terakhir perlawanan. – AFP