klpost4

CFM: Kita berhak menggunakan perkataan “ALLAH”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR,  –   Kumpulan Christian Federation of Malaysia (CFM) berpendirian adalah hak perlembagaan mereka untuk terus menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada Tuhan mereka dalam Bible berbahasa Melayu sepertimana amalan lebih 400 tahun lalu walaupun Sultan Selangor melarang penggunaan perkataan Arab itu untuk bukan Muslim.

Badan yang mewakili 90 peratus gereja di seluruh negara berkata, Kristian berkata bahasa Arab “digunakan gereja yang menggunakan Bahasa Melayu, termasuk Orang Asli Kristian, Baba Kristian, Kristian Sabah dan Sarawak, termasuk mereka di Malaysia Timur.”

“Berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, CFM mengesahkan setiap mereka boleh mengamalkan ajaran agama masing-masing, dan dalam hal ini, gereja bebas menggunakan Al Kitab, dalam semua kegiatan gereja, perjumpaan, dan di rumah,” kata Pengerusinya, Bishop Datuk Ng Moon Hing dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu timbul selepas Majlis Agama Islam Selangor memutuskan bukan Muslim dilarang menggunakan perkataan itu, walaupun Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 berkata perkataan “Allah” tidak terhad kepada Muslim, dan Gereja Katholik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan itu dalam akhbar mingguannya, Herald.

Masyarakat Singh, yang juga menuntut hak penggunaan perkataan itu dalam kitab suci mereka turut terkesan dengan peraturan tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim bertelagah mengenai perkataan Allah, dengan mengatakan eksklusif kepada komuniti Muslim dan Allah merujuk kepada Tuhan mereka.

Kristian bagaimanapun berkata mereka mempunyai hak menggunakan perkataan itu, dan merujuk Allah sebagai Tuhan mereka atas rekod sejarah.

“Dictionarium Malaico-Latin and Latino-Malaicum” pertama kalinya diterbitkan pada 1631 oleh Vatican Press di Rome.

Reverend Lawrence Andrew, yang telah 11 tahun berusaha untuk mencetak semula kamus tersebut sebelum ini berkata kepada The Malaysian Insider adalah penting untuk menolak kepercayaan penyebaran agama Kristian melalui bahasa tempatan di Malaysia adalah fenomena baru abad ke-20.

Gereja Katolik telah mencabar Kementerian Dalam Negeri berkenaan hak penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam konteks Kristian, dan memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi pada Tahun Baru, 2009.

Namun akhbar itu gagal menggunakan perkataan itu kerana kementerian itu berupaya mendapatkan penangguhan rayuan yang tertunda di Mahkamah Rayuan sejak tiga tahun lalu.  –  themalaysianinsider.com