klpost

Caitlyn Jenner bosan sembunyi alat sulit

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Caitlyn Jenner bosan sembunyi alat sulit
Selepas mengakui menjalani pembedahan mengubah jantina kepada wanita, Caitlyn Jenner berkata dia sebelum ini ‘bosan kerana terpaksa menyembunyikan alat kelaminnya itu’.

Berdasarkan laporan metro.uk pendedahan itu dinyatakan Caitlyn menerusi buku terbaharunya – The Secrets of My Life.

Hampir dua tahun sejak Caitlyn yang kini berusia 67 tahun bercakap secara terbuka untuk menjadi transgender, dia akhirnya mengumumkan keputusan untuk membuat peralihan besar tersebut.

 

Sekarang, Caitlyn mengaku menjalani ‘pembedahan akhir’ berkenaan pada Januari lalu.

Menerusi buku berkenaan, dia menjelaskan terpaksa membuat pendedahan itu susulan sering ditanya mengenai status kemaluannya.

“Adakah anda ingin tahu? Jadi sekarang anda sudah tahu. Ini adalah kali pertama dan terakhir untuk saya bercakap mengenainya.

“Pembedahan itu berjaya dan saya rasa bukan sahaja indah lebih bebas,” tulis Caitlyn.