klpost4

Budak 6 tahun kahwin wanita bergelar nenek

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Seorang budak lelaki berumur 8 tahun mengahwini wanita yang digelar nenek kerana arahan roh datuknya.

Sanele MasilelaKejadian di Tshwane, Afrika Selatan itu melibatkan Sanele Masilela yang melangsungkan perkahwinan bersama Helen Shabangu, 61, juga ibu kepada lima anak.

Perkahwinan mereka diadakan selepas Masilela bermimpi bahawa datuknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu memintanya mengahwini Shabangu.

Kedua-dua pengantin memakai pakaian serba putih dan Masilela anak bongsu daripada lima adik beradik menukar cincin perkahwinan di hadapan 100 tetamu.

“Dengan melangsungkan perkahwianan ini, kami berharap roh tersebut akan gembira. Kami bimbang sekiranya tidak melaksanakannya sesuatu yang buruk akan menimpa keluarga kami,” kata ibu Masilela. –  MailOnline / SH