klpost

Bomoh terperangkap – dipenjara 45 tahun

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu selepas Omar Mohamad, 38, mengaku bersalah atas dakwaan penipuan kononnya boleh mengganda wang, mengelak wang daripada disedut makhluk halus dan membersih barang kemas daripada saka.

Omar didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang kemas bernilai RM20,000 dengan memajak harta tersebut untuk kegunaan sendiri. Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara lima tahun, sebat dan denda.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 14 tuduhan lain kerana menipu boleh menggandakan wang, mengelak wang simpanan disedut mahkluk halus dan membersihkan wang daripada saka. Dia boleh dihukum penjara 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – Kosmo