klpost

Bilik stor IPD Sibu terbakar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Sibu
– Bilik stor penyimpanan fail lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di Jalan Tun Abang Openg di sini, terbakar awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira 7 pagi semasa pegawai dan anggota mula masuk kerja.

Kebakaran bilik stor di ruangan pejabat jenayah komersil itu dipercayai akibat litar pintas, namun ia tidak menimbulkan sebarang kerosakan pada bahagian lain.

“Fail yang terbakar dalam kejadian itu hanya melibatkan kes yang sudah ditutup,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak yang dihubungi memberitahu panggilan kebakaran dari IPD Sibu diterima bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah pada 7.20 pagi. – Bernama