Majalah Forbes melaporkan, pendapatan tersebut kebanyakannya diperolehi Beyonce, 36, melalui kejayaan konsert jelajahnya, Formation World Tour.

Tempat kedua diduduki penyanyi Adele dengan pendapatan sebanyak AS$69 juta (RM286 juta) yang diperoleh sejak melakukan konsert jelajah pertamanya pada tahun 2011.

Manakala penyanyi Taylor Swift terpaksa menurunkan takhtanya apabila sekadar berada di tangga ketiga diikuti Celine Dion dan Jennifer Lopez yang masing-masing di tangga keempat dan kelima. – Utusan