SK

Benarkah Pas sebuah parti Islam?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Benarkah Pas sebuah parti Islam? Cubalah kaji fakta-fakta berikut:

Parti Islam sebenar tidak akan menyalahkan musuh apabila mereka mengalami kegagalan tetapi Pas apabila tewas dalam pilihan raya, mereka bukannya bermuhasabah, mencari kesilapan sendiri dan berusaha memperbaiki kelemahan tetapi akan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor seperti membeli undi, mengguna pengundi hantu dan menipu, serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.

Pas membiarkan pemimpin-pemimpin memaki-hamun lawan politiknya di atas pentas-pentas ceramah. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana Rasulullah SAW pernah bersabda; Sifat seorang mukmin itu tidak menjadi tukang menghina, mengumpat dan mengeluarkan perkataan kesat dan kasar (terhadap sesama mukmin).

Sikap Pas lebih asabiah qaumiyyah kerana sanggup mempertahan dan membela anggotanya yang bersalah. Ini jelas apabila Pas sentiasa menyifatkan apa juga perkara yang berkaitan keburukan pemimpin parti itu atau sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ia adalah konspirasi politik UMNO dan BN.
Pas menolak untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mahu semua umat Islam bersatu padu dan tidak berpecah-belah.

Hakikatnya, banyak lagi tindakan yang dilakukan oleh Pas yang dilihat bertentangan dengan seruan Islam tetapi mereka masih mahu mendabik dada mengatakan mereka parti Islam. AGENDA DAILY.