klpost

Beli barangan rompak,ditahan melakukan pembunuhan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

SEPANG  –  Polis menahan 10 lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang lelaki di Sepang minggu lalu, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa pada Isnin.

10 lelaki tersebut termasuk lima lelaki yang memecah masuk rumah milik mangsa dan lima lagi yang membeli barang rompakan itu.

Lima lelaki yang memecah masuk rumah itu turut melarikan sebuah kereta Toyota Vios mangsa yang maut.

Kereta tersebut kemudiannya ditemui di Kelantan pada Sabtu selain beberapa barang lain seperti sebuah televisyen skrin nipis, Ipad dan telefon bimbit.

Hasil penangkapan itu, polis menyifatkan kes tersebut telah selesai. – Mstar