klpost

Bekas tunang bayar Mariah Carey RM44 juta

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Mariah Carey dilaporkan menerima wang dianggarkan berjumlah AS$10 juta (RM44 juta) daripada bekas tunangnya James Packer sebagai pampasan berhubung perpisahan mereka pada Januari lalu.

People melaporkan Mariah menerima wang itu sebagai ganti rugi terhadap kesulitan sepanjang mereka bergelar pasangan kekasih.

Ini termasuk Mariah terpaksa berpindah dari New York ke Los Angeles semata-mata bagi bersama James yang juga seorang hartawan terkenal Australia.

Mariah, 47, turut menyimpan cincin pertunangan mereka yang dilaporkan bernilai AS$10 juta (RM44 juta) sebagai sebahagian penyelesaian itu.

Penyanyi lagu Hero itu turut dilihat masih memakai cincin berkenaan namun bukan di jari manis tetapi jari tengahnya.

Sebelum ini, Mariah dilaporkan meminta pampasan berjumlah AS$50 juta (RM220 juta) daripada James, 47, kerana memutuskan pertunangan mereka.

Pasangan itu sepatutnya berkahwin pada awal tahun ini selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Mariah sebelum ini pernah berkahwin dengan presiden syarikat rakaman Sony Music iaitu Tommy Mottola pada 1993 namun bercerai lima tahun kemudian.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Nick Cannon pada 2008 sebelum bercerai pada 2016.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Monroe Cannon dan Moroccan Scott Cannon yang kini berusia enam tahun.

Mariah kini sedang bercinta dengan penari latarnya, Bryan Tanaka yang 14 tahun lebih muda daripadanya.