Administrator

Bekas AG ketuai jawatankuasa 1MDB – Majlis Penasihat Kerajaan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa berasingan untuk menyiasat urusan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

“Selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, akan wujud persoalan yang menjejaskan keyakinan rakyat ke atas kerajaan dan institusinya,” kata Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini, dan menambah ia memperakui pentingnya penubuhan jawatankuasa berasingan untuk 1MDB.

Ahli lain jawatankuasa itu ialah Rakan PwC Risk Assurance Services Nik Shahrizal Sulaiman, Rakan Kanan Naqiz & Partners Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Penasihat Kanan Financial Services Authority Indonesia Faris Rabidin dan Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni Cynthia Gabriel. – Bernama