Tuesday , 23 September 2014

Bayi maut dilanggar ayah sendiri

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

 

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 bulan maut selepas dilanggar oleh bapanya yang sedang meletakkan kereta di hadapan rumah mereka di Felda Lubok Merbau, Padang Terap, kira-kira 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kanak-kanak itu, Auni Elia Aifa Mohd Uzair meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Lubok Merbau akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak itu, Mohd Uzair Zul, 35, hendak meletakkan kereta di hadapan rumah selepas mengisi minyak di stesen minyak milik keluarga itu yang terletak berhampiran kediaman mereka.

“Berdasarkan laporan yang dibuat bapa mangsa…dia hanya menyedari keretanya terlanggar sesuatu apabila tayar belakang terasa seperti terseret benda…bapa mangsa langsung tidak menyedari anaknya berada di situ ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lubok Merbau kira-kira pukul 3 pagi ini. – Bernama/SH

Scroll To Top
banner