klpost

Bayaran subsidi gula RM367 juta menguntungkan syarikat kroni Barisan Nasional

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni.

Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion.

Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta.

“Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini.

“Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta.

“Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan.

“Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana,” katanya. – Anwar Ibrahim