SK

Barisan Nasional tidak akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR, (5 Jun) — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis.

Pentadbiran Najib melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center.

Spekulasi menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengumumkan pilihan raya dilaksanakan selepas membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan pilihan raya paling awal adalah pada 21 Julai apabila bulan Ramadhan bermula.
Pentadbiran Najib telah membelanjakan rakyat apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), yang menyaksikan sokongan Najib melonjak.

“Pemberian-pemberian seperti itu hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini di bentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.

“Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncak,” kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa ini.

Beliau menjelaskan, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, meningkat daripada 74 peratus pada Febuari.
Namun pensyarah Universiti Sarawak itu berkata terdapat “peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan diberikan, akan menyokong PR.”

“Sebelum subsidi “feel-good faktor” kerajaan perlu melaksanakan PRU. Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut,” kata Faisal.

Beliau berkata pengundi bukan Melayu melihat kerajaan kekurangan keupayaan politik untuk melaksanakan transformasi.
Beliau menjelaskan pentadbiran Najib dilihat berundur ke belakang apabila mengenakan polisi yang mengutamakan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (NEM).

Keengganan kerajaan untuk membebaskan tahanan di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun telah memansuhkan akta tersebut turut mengurangkan sokongan pengundi.

Faisal menjelaskan kerajaan juga bertindak “ganas” apabila mengambil tindakan terhadap perusuh pada perhimpunan 28 April menurunkan sokongan pengundi China yang rata-ratanya merupakan pengundi bandar.

Seorang penganalisis politik lain, James Chin, berkata,” masyarakat India telah mula kembali kepada PR.”

Beliau menjelaskan kaji selidik Merdeka Center mendapati 72 peratus masyarakat India berpuas hati dengan Najib berbanding 80 peratus pada Febuari, turun lapan peratus dalam masa tiga bulan.
Beliau menambah penurunan itu daripada penyokong setia India BN berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) berikutan kekecewaan terhadap BN dalam menangani isu mereka.

“Ia mungkin disebabkan program kerajaan untuk komuniti India tidak berhasil,” kata pensyarah di Sunway Monash University ini, dan memberikan contoh masyarakat India yang tiada kerakyatan.

Wan Saiful Wan Jan, pengasas “think-tank” Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) turut menggesa pilihan raya dilaksanakan secepat mungkin.
Beliau berkata adalah sukar BN akan menarik undi pengundi atas pagar dengan keadaan ekonomi yang perlahan dan pengundi telah membuat keputusan.

“Fakto utama Melayu kembali kepada BN adalah ketakutan hilangnya kuasa politik. Strategi seperti ini dilihat berhasil.
“Strategi menunggu ini akan menguntungkan PR kerana mereka boleh mendedahkan lebih banyak skandal dan tuduhan kerajaan tidak menjalankan tugas,” kata Wan Saiful said.

Beliau memberi amaran sokongan BN akan pudar jika pilihan raya dilewatkan.

“Saya tidak rasa Najib akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti. Rating Najib tidak akan diterjemahkan kepada undi. Mungkin kepada beliau secara peribadi, bukan untuk Umno,” katanya.