klpost

Bantuan kebajikan dinaikan kepada RM550.00 jika Pakatan Menang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Bantuan kebajikan akan dinaikkan kepada RM550 berbanding RM300 di bawah kerajaan Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, bantuan itu dijangka dapat menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan 84,000 keluarga.

“Berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun jumlah kemiskinan tegar di negeri terbabit terbatas, tetapi dalam tempoh setahun (memberikan bantuan kebajikan), kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah itu.

“Bantuan kebajikan RM550 sebulan oleh Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya RM500 dalam tempoh 50 tahun Umno BN memerintah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2013 di bangunan Parlimen hari ini.