klpost

Bandar Sekinchan Menjadi Sarang Maksiat dan Rumah Urut – Bukan lagi Ikan Bakar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Bandar sekinchan bukan lagi pasar ikan, bandar yang terkenal dengan ikan bakar sekarang menjadi sarang maksiat dan kota rumah urut dengan perempuan dari China.

Ketika menyusuri jalan-jalan komersial di dalam pekan Sekinchan dan melalui hadapan pintu masuk deretan kedai-kedai yang kebanyakannya telah berehat untuk beroperasi, hanya tinggal premis 7 Eleven, Pusat Snooker dan Pusat Urut yang tidak putus-putus pelanggan yang datang silih berganti.

Kelihatan juga kelibat beberapa orang ‘ayam’ import dari China berlegar dihadapan premis Pusat Urut seperti sedang menunggu pelanggan. Suasana yang langsung tidak ubah seperti Bukit Bintang cuma bilangannya sahaja yang tidak meriah seperti Kuala Lumpur.

Kini orang kampung khususnya yang masih kurang kasih sayang di rumah sendiri tidak perlu pergi merantau hingga ke Kuala Lumpur untuk mencari belaian kasih sayang dari warga China ini, ia nya boleh didapati dengan senang hanya di Sekinchan. Tidak sampai 1km dari Balai Polis Sekinchan yang memejamkan mata dan memekakkan telinga.