klpost2

Bajet 2013 – ‘Manfaat dapat dirasa, Rakyat selalu gembira’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Pelbagai bantuan dan insentif bakal dinikmati segenap lapisan masyarakat di negara ini pada tahun depan hasil daripada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 28 September lalu.

Paling menarik ialah sebahagian besar peruntukan yang dibentangkan dalam bajet tersebut akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat sama ada dalam bentuk wang tunai atau rebat cukai.

Menurut Kosmo, antaranya ialah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, Skim Rumah Pertamaku, penurunan kadar cukai pendapatan individu, bonus satu bulan gaji kepada 1.3 juta penjawat awam serta bantuan wang tunai kepada 5.4 juta pelajar sekolah.

Manfaat itu tidak termasuk bantuan dan insentif lain seperti elaun bantuan sara hidup nelayan, peningkatan pencen minimum, sumbangan kepada bekas tentera, rebat pembelian telefon mudah alih pintar 3G dan Baucar Buku 1Malaysia.

Insentif dan bantuan yang disebut itu dianggarkan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM10 bilion oleh kerajaan untuk rakyat melalui Bajet 2013.