klpost

“Bagaikan mati hidup semula”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MANILA  –  Sebuah pesawat terbang rendah berjaya menjumpai tiga nelayan tempatan dalam keadaan terapung-apung dan menggunakan pantulan cermin bagi meminta bantuan, semalam.

Menurut jurucakap ketenteraan daerah, Kapten Severino David, setakat ini, seramai 261 nelayan yang dilaporkan masih hilang selepas seminggu Taufan Bopha membadai wilayah selatan kepulauan Filipina.

Susulan bencana itu, Indonesia turut menyalurkan bantuan dengan menghantar kapal bagi menyertai pencarian kumpulan nelayan berkenaan yang sebelum dilaporkan menuju ke Laut Celebes di perairan Laut Pasifik kepulauan Mindanao.

“Jumlah sebenar nelayan terselamat sejak tiga hari lalu, adalah seramai 35 orang termasuk empat ditemui di dalam sebuah bot kecil terapung kira-kira 255 kilometer di timur Davao Oriental,” kata David.

Setakat ini, lebih 700 penduduk terbunuh dan hampir 900 mangsa hilang termasuk nelayan berkenaan sejurus di badai Bopha. – AP