SK

Azmin Ali Tak Bayar Saman Trafik

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kalau dengar ceramahnya, anda pasti akan menyangkakan yang Azmin Ali adalah seorang pemimpin yang sangat bersih, sentiasa patuh kepada undang-undang dan mahu membetulkan negara ini dengan menghukum mana-mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyeleweng serta menyonglap duit rakyat.

Walhal, hakikatnya, Azmin Ali sendiri merupakan seorang pelanggar undang-undang yang sentiasa berasa dia berada di atas undang-undang dan tidak boleh dikenakan sebarang tindakan.

Buktinya, dalam senarai saman trafik, Azmin Ali mempunyai saman-saman tertunggak yang tidak dihiraukannya.

Kalau undang-undang trafik pun dia langgar sesuka hati, bagaimana pula dengan undang-undang ‘besar’ yang lain. Sudah tentu dia tidak akan peduli dengan sebarang undang-undang kerana memikirkan dia adalah Azmin Ali dan dia tersangat hebat.

Yang dia sibukkan orang lain punya kesalahan. Kesalahan dirinya sendiri, mengapa tidak dihiraukan? Mengapa dia tidak mahu bertanggungjawab seperti mana keengganannya untuk bertanggungjawab terhadap ibunya yang sudah tua?

Bayangkanlah, seorang yang gagal menjelaskan hutang saman, mahu memimpin negara ini? Tidak hairanlah bagaimana dia yang merupakan seorang pengamal rasuah tegar, sibuk nak basmi rasuah orang lain!

Atau para penyokong Pakatan akan mengatakan, ini adalah satu lagi FITNAH UMNO untuk memalukan Azmin Ali? -ocean-13