Administrator

Azalina dilihat memasuki pekarangan kediaman Najib

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hadir melawat Datuk Seri Najib Razak di kediamannya Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Azalina dilihat memasuki pekarangan kediaman Najib pada jam 10 pagi menaiki Range Rover sebelum disusuli Mahdzir 40 minit kemudian.

Kehadiran mereka dipercayai bagi memberi sokongan moral kepada Najib sekeluarga.

Tinjauan di lokasi mendapati kediaman Najib terus menjadi tumpuan kira-kira 50 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkampung di sini sejak 6 pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat jam 12.30 tengah hari ini tiada sebarang perkembangan berhubung siasatan terkini polis. -Astro Awani