klpost

Audy nafi hamil

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi wanita popular, Audy Item kelihatan semakin berisi sehingga menjadi spekulasi pelbagai pihak.

Ada juga di kalangan peminatnya merasakan isteri kepada pelakon Iko Uwais itu sedang berbadan dua.

Namun tanggapan itu dinafikan Audy dengan alasan berat badannya semakin bertambah.

“Bagi saya masalah berat badan bukanlah isu besar asalkan saya sihat. Lagi pun saya selesa macam ini.

“Khabar angin yang mengatakan saya sedang berbadan dua adalah tidak benar. Kalau saya hamil, mungkin penampilan saya tidak seperti ini kerana sehingga hari ini saya masih memakai seluar jean yang tidak sesuai untuk ibu mengandung ,”katanya. – SH