klpost4

Asyraf dedahkan keadaan Datuk K

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand baru-baru ini dikatakan semakin pulih dan dijangka pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelakinya Mohd Asyraf, 20 dan Muhammad Aazief, 14 melalui laman mikro, Twitter milik mereka.

Asyraf memberitahu kepulangan mereka itu ketika menjawab pertanyaan rakan Twitternya.

“Setakat ini baik. Ayah semakin pulih. Rasanya akan pulang (ke Malaysia) pada 28 Disember ini. Tidak sabar menanti hari itu,” tulisnya sekitar jam 6. 25 petang, semalam.

Aazief juga menjawab pertanyaan rakan Twitter tentang kepulangannya ke tanah air dengan menulis, “kemungkinan pada 28 hari bulan.”

Dalam perkembangan lain, isteri Datuk K, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan karangan bunga  dan kad ucapan yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Dalam ucapan ringkas itu, baginda mendoakan kesihatan Datuk K, “kepada yang berbahagia Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, semoga sejahtera dan cepat sembuh.”